HAMPIR SETIAP SABTU DAN AHAD SELEPAS SEMBAHYANG SUBUH, CUBA MENILAI DIRI, CELIKKAN MINDA DAN HATI MELALUI KOLEKSI AUDIO RADIO IKIM CERAMAH MOTIVASI ISLAM ITU INDAH OLEH PROF. DR. MUHAYA MOHAMAD. INI YANG SEMPAT DICATIT UNTUK DIKONGSI BERSAMA.
1. KITA TIDAK BOLEH DAPAT KERJA YANG LEBIH BAIK DENGAN MUDAH TETAPI JIKA KITA BEKERJA DENGAN LEBIH BAIK, INSYAALLAH KERJA YANG LEBIH BAIK AKAN DATANG
2. 3 PERKARA SUSAH KITA NAK LAKUKAN. a. BAIK PADA ORANG YANG TIDAK BAIK PADA KITA. b. JAGA NAMA ORANG YANG SEDANG DI UMPAT, c. AKUI KESILAPAN SENDIRI...
3. KITA AKAN DILAYAN SEBAGAIMANA KITA MELAYAN ORANG LAIN . JIKA NEGATIF KITA DAPAT ITU FEEDBACK. PERBETULKAN DIRI KITA DAN BERHENTI MENYALAHKAN DAN CARI KESALAHAN ORANG...
4. LAYAN MANUSIA SEPERTI MANA MEREKA INGIN DILAYAN. LAYAN MANUSIA MACAM MANA KITA INGIN DILAYAN. LAGI RAMAI KAWAN LAGI MURAH REZEKI...
5. CARILAH KEBAHAGIAAN KITA DENGAN MEMBERI KEBAHAGIAAN PADA ORANG LAIN...INSYALLAH KEBAHAGIAN ITU AKAN DATANG SENDIRI TANPA KITA SEDARI.
6. HIDUP INI ADALAH DIY... "DO IT YOURSELF...!!!"
7. NAK JADI ISTERI YANG DISAYANGI SUAMI, JADILAH WANITA YANG EKSKLUSIF.. YANG HANYA SUAMI DAPAT MELIHAT KECANTIKAN KITA SENDIRI...
8. JANGAN KERANA MENCARI HARTA DUNIA YANG SEDIKIT, KITA MENJUAL AKHIRAT...
9. BERKAWAN DENGAN ORG YANG BODOH... DENGAN BERGADUH DENGAN ORANG YANG BAIK... LEBIH BAIK BERGADUH DENGAN ORANG YANG BAIK...
10. ORANG YANG HEBAT AKAN MEMBUATKAN ORANG LAIN MERASA HEBAT.. TETAPI ORANG YANG KECIL AKAN SUKA MENGECIL-GECILKAN ORANG LAIN... ORANG YANG SUKA MEMBUKA KEAIBAN ORANG LAIN, SUKA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN, SEBENARNYA MEMPUNYAI BANYAK KEAIBAN SENDIRI...
11. JANGAN KEJAR CITA-CITA... TAPI KEJARLAH MAKNA KEHIDUPAN SUPAYA HIDUP KITA LEBIH BERMAKNA...
12. SESIAPA YANG TAKUT PADA ALLAH, TAKKAN TAKUT PADA APA-APA YANG LAIN... TETAPI SESIAPA YANG TAK TAKUT PADA ALLAH, DIA AKAN TAKUT PADA BANYAK PERKARA...
13. ORANG YANG BIJAK, DIA TIDAK REAKTIF.. TETAPI PRODUKTIF...
14. ORANG YANG SELALU KATA TIDAK ADA MASA SEBENARNYA ADALAH ORANG YANG TIDAK TAHU MENGURUSKAN MASA...
15. JANGAN ADA SINDROM KITA RASA KITA 'BUDGET BAGUS'
16. SIAPA PANDANG DUNIA, AKHIRAT DIA TIDAK AKAN NAMPAK... TETAPI SIAPA YANG KEJAR AKHIRAT, DUNIA AKAN KEJAR DIA...
17. WE DON'T INTERACT WITH THE WORLD BUT WE INTERACT WITH OUR INTERPRETATION OF THE WORLD. SO IF WE INTERPRET IN POSITIVE MANNER WE HAVE A POSITIVE RESULT IN OUR LIFE..
18. ORANG YANG SIHAT ROHANINYA, SIHAT EMOSINYA, SIHAT BADANNYA...
19. ORANG YANG KENYANG DENGAN KASIH SAYANG ALLAH TIDAK PERLU KASIH SAYANG MANUSIA...
20. ORANG YANG BAHAGIA DENGAN ALLAH AKAN BAHAGIA DENGAN MANUSIA...
21. KITA ADA PILIHANRAYA SETIAP HARI... IMAN KE NAFSU.. DOSA KE PAHALA.. SYURGA KE NERAKA... TAAT KE MAKSIAT.. ALLAH REDHA KE ALLAH MURKA...
22. MEMBERI NASIHAT MUDAH TAPI TERIMA NASIHAT PAYAH TERUTAMA BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI KEDUDUKAN DI DUNIA...
23. NILAI KITA AKAN TURUN BILA KITA SIBUKKAN DIRI DENGAN BENDA YANG TAK BERFAEDAH ATAU MAKSIAT...
24. MANUSIA DIHORMATI DENGAN AKAL. ORANG DITIPU KERANA TIDAK PERNAH BERFIKIR. ORANG YANG BIJAK AKAN MEMASTIKAN APA DIA BUAT ADALAH JALAN SELAMAT...