Thursday 5 May 2016

PENGORBANAN EMAK DAN HARIJADI AKU... 5 MEI 2016




Tanggal 13 Februari 1965 bersamaan 12 Syawal 1384 bersatulah 2 jiwa Abdul Rashid Limu dan Sarbiah Sinu di satu majlis pernikahan di Batu 17 3/4 Kuang Selangor. Penantian dan doa selama 2 tahun 3 bulan kelahiran cahayamata pertama sangat diharap-harapkan. Maka pada tarikh 5 Mei 1967 bersamaan 26 Muharram 1387 Hari Jumaat jam 1.35 tgh lahirlah seorang bayi lelaki di British Military Hospital Singapura yang diberi nama Azmizam Abdul Rashid.
Ketika aku kanak-kanak dan remaja, tarikh 5 Mei adalah tarikh yang sentiasa ditunggu-tunggu untuk menerima ucapan dan hadiah. Namun sejak 30 tahun yang lalu hingga kini perasaan aku sering bercampur baur setiap kali tiba tarikh 5 Mei. Seminggu sebelum itu hati dah mula berdebar-debar. Perlukah aku bergembira menyambut hari lahir aku? Sedangkan ada insan hampir separuh nyawa dan tenaganya berjuang untuk melahirkan seorang insan ke muka bumi ini. Aku pasti menitiskan air mata bila mengenangkan setiap kali tarikh 5 Mei. Jasa emak tidak boleh aku lupa. Setiap jahitan dan parut luka ketika melahirkan aku pasti akan menjadi saksi di akhirat nanti. Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan emak.
Jasa pengorbanan arwah ayah pasti tidak aku lupakan. Emak selalu cerita ayahlah yang selalu bangun malam menukar lampin kain aku dan menjadi peneman emak bila aku lapar susu hingga aku berumur 1 tahun. Arwah ayah berulang-alik setiap pagi dari Kuang ke Kem Tentera Jalan Gurney Kuala Lumpur dengan motor vespa dia. Entah berapa kali ayah kemalangan sepanjang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Demi menyara kami sekeluarga. Hingga kini emak masih lagi tempat aku mengadu masalah dan berkongsi cerita tentang kerja dan keluarga.
Mungkin sebab itu setiap kali isteri aku melahirkan 5 orang anak kami, aku pasti akan bersama-sama dengan jururawat dan doktor di wad bersalin. Aku sendiri menyaksikan proses kelahiran bayi. Betapa seksa dan besarnya pengorbanan seorang isteri melahirkan anak. Besarnya kuasa Allah swt memberi nikmat kepada seorang wanita menjadi ibu untuk melahirkan seorang anak. Aku sentiasa mendoakan anak-anak aku sentiasa hormat dan menyayangi ibu mereka...isteri aku. Seperti mana aku menyayangi emak aku. Isteri aku hingga kini masih lagi teman rapat aku, girlfriend dan tempat aku bercerita tentang hal-hal kerja dan keluarga.
Emak...Emi sayang, sayang sangat emak. Budi dan pengorbanan emak tidak dapat dilupakan hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Buat arwah ayah, semoga Allah swt dipermudahkan perjalanan kehidupan ayah di sana. Alfatihah. Buat isteriku Yang...terima kasih melahirkan anak-anak kita, berkorban apa saja untuk mereka dan memberi penuh kasih sayang kepada kami semua. Susah senang kita sama-sama harungi .I love you so much. Terima kasih jadi isteri kepada saya dan ibu kepada anak-anak kita.
Terima kasih dan syukur kepada kawan-kawan sekolah, saudara mara dan kenalan rapat yang memberi ucapan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan aku. Semoga Allah swt saja yang dapat membalasnya. Aaamin

PEOPLE AROUND ME..FAMILY AND FRIENDS.

PEOPLE AROUND ME..FAMILY AND FRIENDS.
To my Wife, Zulaini, my sons Zulazlan, Zulazman, Zulazmir, Zulazmin dan my daughter, Nuris Zulazlin...I love you all..thank you being with me

CIRCLE OF FRIENDS... KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE

CIRCLE OF FRIENDS... KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE
Thank you guys...for your support and encouragement

2007 / 2008 METHODOLOGY AND QUALITATIVE RESEARCH COURSE FOR PHD CANDIDATES

2007 / 2008 METHODOLOGY AND QUALITATIVE RESEARCH COURSE FOR PHD CANDIDATES
My new friends during my course in INTAN 9 Jan -2 Mac 2007

KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE, JOURNEY TO MOUNT OF KINABALU SABAH 21-22 JANUARY 2006

KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE, JOURNEY TO MOUNT OF KINABALU SABAH 21-22 JANUARY 2006
WE CAME, WE SAW, WE CONQUERED 4095.2 METER ABOVE SEA LEVEL

How are you, guys? Where you are now?

FOOD CLOCK