Sunday, 4 September 2011

FINALLY, IN 3 YEARS MY PHD THESIS IS COMPLETED....DR AZMIZAM ABDUL RASHID










This is the best moment in my life. Finally I completed my PhD thesis in 3 years. Syukur sangat berjaya juga siapkan Ist draf tesis pada 15 Ogos 2010, 2nd draf pada 15 Oktober 2011 to my supervisors  dan final submission to deanery office pada 16 Disember 2010. Berkat usaha, tumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja penyelidikan dan doa keluarga terutama isteri tersayang ZUL'AINI ZULKIFLI dan kedua ibubapa aku. Akhirnya aku dapat menyiapkan tesis ini tepat pada waktunya. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kedua-dua penyelia saya Prof Madya Dr Hamzah Jusoh dan Prof Madya Dr Jalaluddin Abdul Malek yang banyak menyumbang idea untuk proses penyelidikan PhD ini . Merekla berdua tidak jemu-jemu memberi ulasan dan pandangan yang membina pada setiap bab dalam tesis ini.


       Tidak lupa juga kepada rakan-rakan di JPBD  yang sentiasa memberi semangat dan panduan semasa penyelidikan PhD dijalankan. Begitu juga dengan rakan-rakan rapat yang lain. Sekurang-kurangnya aku tidak mensia-siakan duit rakyat untuk melanjutkan pengajian PhD ini. Sekarang kena fikirkan sesuatu untuk menyumbangkan ilmu dan pengalaman ini untuk bangsa dan negara. Tesis ini disiapkan tanpa permohonan melanjutkan masa pengajian kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk 4 tahun atau 5 tahun berbanding dengan rakan-rakan lain yang mengambil masa lebih dari 3 tahun hingga 4 tahun untuk menyiapkan tesis mereka.


        Ada juga rakan seangkatanku yang masih belum menyiapkan tesis PhD mereka hingga sekarang. Kenapa agaknya? Jika difikirkan semula melalui pengalaman rakan-rakan kakitangan Jabatan Kerajaan yang cuti belajar untuk melanjutkan pengajian PhD mereka walaupun sudah lebih 4 tahun di UKM. Dalam kotak fikiran mereka "Aku dapat cuti belajar ini tak adalah kena transfer ke bahagian lain atau ke jabatan negeri yang lain atau aku nak berehat secukupnya semasa cuti belajar lepas setahun baru start PhD atau nak duduk rumah jer boleh menonton rancangan TV kegemaranku atau dengan duit biasiswa ini boleh guna untuk renovate rumah".


         Aku nak bagi petua berdasarkan kepada pengalaman aku mengenai 'don't and do' dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar PhD di UKM, pertama tanamkan dulu minat yang mendalam 'heart and soul' sebagai penyelidik dalam jiwa kita yang ingin menyambung pengajian dalam PhD.  PhD adalah proses penyelidikan untuk membuktikan perkaitan sesuatu teori kepada permasalahan kajian (reseach question). Adakah perkaitan itu benar atau tidak? PhD bukanlah sesuatu penulisan berbentuk laporan kajian biasa sahaja seperti mana  amalan biasa kita lakukan di jabatan. Penyelidikan PhD itu perlu dibentuk melalui analisis deskriptif and inferensi serta setiap bab itu perlu dijalinkan dengan kemas dan cantik. Kedua, buangkan sifat-sifat ego dan sombong, jangan hanya tahu mengarah itu dan ini lagaknya  seperti seorang CEO. Hormatilah penyelia kita sebagai guru, pembimbing dan sahabat kita. Ketiga, jangan sentiasa biarkan diri anda dalam keadaan selesa sebagai kakitangan kerajaan. Setiap bahan rujukan perlu dicari dan dianalisis dengan bijaksana (wisdom). Amalkan teknik 5W 1H untuk menjawab setiap persoalan dalam sumber rujukan.  Jangan jadikan sumber rujukan di internet sebagai rujukan mudah untuk "cut and paste". Keempat, jangan hanya pandai bercakap seolah-olah kita tahu segalanya  dan mencurahkan idea sahaja tanpa menterjemahkannya dalam bentuk penulisan yang penuh dengan "critical thinking".  Kelima, sentiasa merendah diri, jangan menganggap kita yang paling pandai dalam dunia ini, sebenarnya ada orang lain yang lebih pandai dari kita. Kadang-kadang orang yang tak ambil PhD pun lagi pandai dari kita. Akhir sekali, selalulah berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang sama-sama menjalankan penyelidikan PhD. Jangan kedekut ilmu. Selalu membantu rakan-rakan kita yang lain dalam proses penyelidikan walaupun bidang penyelidikan PhD mereka berlainan. Saya percaya "JIKA KITA SENTIASA MEMPERMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN, INSYALLAH ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA".


          Pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang 3 tahun di UKM adalah berpeluang menjalani program 'attachment' di Global City Network and Globalization (GaWC), Loughborough University, United Kingdom selama 3 bulan mulai 22 September 2009 hingga 24 Disember 2009. Program ini  ditaja sepenuhnya oleh JPA. Pada mulanya aku berat hati nak sertai program ini takut mengganggu proses penyelidikan PhD aku. 3 bulan macam-macam benda aku boleh buat di Malaysia. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Aku berpeluang bekerjasama dan berkongsi pengalaman penyelidikan ini  di bawah penyeliaan Prof Dr Peter Taylor, Prof Dr Kathy Pain dan Dr John Harrison. Banyak perkongsian ilmu bersama mereka untuk memantapkan tesis PhD aku ini. Rakan-rakan dari negara-negara lain yang sedang menjalankan penyelidikan PhD dalam bilik siswazah di GaWC juga banyak membantu aku. Pengalaman 3 bulan di sana tidak sia-sia begitu sahaja. Segala peluang yang ada untuk menambahbaik tesis aku telah gunakan sebaik mungkin.


          Di Loughborough University juga aku berpeluang membentangkan kertas kerja aku mengenai "Efficient Urban Governance Towards Economic Competitiveness in Kuala Lumpur City-Region" di Delft University, Nertherland pada 24 - 27 November 2009. Di sana juga aku berpeluang berkenalan dan berkongsi pengalaman dengan ramai rakan-rakan dari negara Eropah yang sedang menjalankan penyelidikan PhD. Terima kasih kepada Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), UKM dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM yang menaja tiket penerbangan dan yuran pendaftaran seminar ini. Terima kasih kepada Prof Dr Hazita Azman dan kedua-dua penyelia aku yang banyak menyokong dan membantu menjayakan program 'attachment' ini.


          Apabila aku kembali ke Malaysia, aku rasa lebih yakin dengan tesis aku ini yang boleh dianggap sebagai tesis PhD dan bersedia untuk viva. Aku telah melalui proses penyelidikan bermula pada 28 Disember 2008 - 26 Disember 2010. Pada 27 Disember 2010 aku mula lapor diri di JPBD dan 4 Januari 2011 aku ditempatkan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JPBD. Sekarang ini aku telah bergelar DR AZMIZAM BIN ABDUL RASHID.Walau bagaimana aku sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t semoga aku dijauhi dengan sifat-sifat sombong dan riak. Aku takut kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t akan ditarik dengan sekelip mata.

10 comments:

asmadi said...

Alhamdulillah...tahniah Dr Azmizam atas daya juang dan semangat yang tinggi..seharusnya menjadi ikutan semua. Saya percaya melihat kepada kesungguhan Dr. dalam menjalankan penyelidikan dan penggalian ilmu pasti membuahkan kejayaan yang cukup manis. terima kasih atas galakan dan ilmu yang diberikan moga Allah mengurniakan kesejahteraan buat Dr Azmizam sekeluarga. Tahniah..

Unknown said...

Tq...Asmadi.Perjuangan ini tidak akan berjaya tanpa pengorbanan dan sokongan padu keluarga.

Anonymous said...

Tahniah Tuan di atas kejayaan.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman.Saya telah menamatkan tesis Phd dlm tempoh 4 tahun (tidak termasuk viva). Sepanjang tempoh tersebut, memang terdapat rakan2 seangkatan yang kandas atau lewat menamatkan pengajian yang disebabkan oleh pelbagai masalah seperti masalah kajian, pelajar terpaksa bermula dengan zero, penyelia yang sukar ditemui dan tidak komited terhadap pelajar, sikap penyelia yang menetapkan dasar 5 tahun ke atas baru boleh lepas,dsb. Tidak kurang pula masalah luaran seperti pasangan tidak memberi sokongan hingga membawa perceraian, anak atau ahli keluarga mengalami penyakit dsb. Seandainya tuan atau saya berada di tempat mereka, boleh kah PhD dapat disiapkan dlm tempoh yang singkat?

Man

liyana said...

Tahniah Dr Azmizan.

Satu perkongsian yang menarik. Saya baru memohon untuk menyambung pengajian di bawah seliaan PM Jalaluddin. Mungkin Dr tak keberatan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi memantapkan penyelidikan yang akan dijalankan kelak. tq

Unknown said...

Yana,
Boleh saja no problem...yg penting displin diri penuh kuat...semangat diri luar & dalam perlu kuat. Perlu ada jadual milestone utk 3 tahun.Setiap 6 bln buat audit lihat pencapaian setiap hari. Niat buat PhD utk cari ilmu,beri makna kpd kehidupan kerana redha Allah.Bukan utk menunjuk2 utk dpt penghargaan manusia.Dr Jalal pensyarah yg baik penuh dgn visi & berilmu luas.

Unknown said...

Man, kadang2 buat PhD ini cepat @ lambat @ ada halangan @ sentiasa dipermudahkan...semuanya kehendak Allah.Semuanya rezeki.Kita perlu banyak berdoa agar urusan kita sentiasa dipermudahkan Allah swt.Setiap kali ada masalah sentiasa audit diri kita....bagaimana hubungan kita dgn Allah swt, hubungan kita dgn ibubapa kita & manusia.Mohon keampunanNya...merayu mohon petunjuk & hidayahNya..Insyallah Allah akan perkenankan..

liyana said...

Terima kasih atas pandangan dan nasihat yang diberi. Banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memantapkan ilmu dan membentuk kekuatan diri. Kagum dengan semangat dan cara Dr menghabiskan PhD... :)

Terry Goff said...

It’s amazing that you finished your phd thesis in just 3 years! Some people, especially those who work full time had hard time finding time do thesis writing. Anyway, have you posted the thesis online? It would be good if we can see and read it.

Azira Othman said...

Salam Dr, saya akan memulakan pengajian Phd saya di UKM ini pada September akan datang....Boleh x tinggalkan phone no atau email Dr untuk memudahkan saya menghubungi Dr. Handphone no saya 019-3812077 dan email saya : aziraothman@gmail.com manakala FB saya adalah Zeera Othman, harap Dr boleh hubungi saya kembali,Tq.

Azira Othman said...

Salam Dr, saya akan memulakan pengajian Phd saya di UKM ini pada September akan datang....Boleh x tinggalkan phone no atau email Dr untuk memudahkan saya menghubungi Dr. Handphone no saya 019-3812077 dan email saya : aziraothman@gmail.com manakala FB saya adalah Zeera Othman, harap Dr boleh hubungi saya kembali,Tq.

PEOPLE AROUND ME..FAMILY AND FRIENDS.

PEOPLE AROUND ME..FAMILY AND FRIENDS.
To my Wife, Zulaini, my sons Zulazlan, Zulazman, Zulazmir, Zulazmin dan my daughter, Nuris Zulazlin...I love you all..thank you being with me

CIRCLE OF FRIENDS... KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE

CIRCLE OF FRIENDS... KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE
Thank you guys...for your support and encouragement

2007 / 2008 METHODOLOGY AND QUALITATIVE RESEARCH COURSE FOR PHD CANDIDATES

2007 / 2008 METHODOLOGY AND QUALITATIVE RESEARCH COURSE FOR PHD CANDIDATES
My new friends during my course in INTAN 9 Jan -2 Mac 2007

KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE, JOURNEY TO MOUNT OF KINABALU SABAH 21-22 JANUARY 2006

KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE, JOURNEY TO MOUNT OF KINABALU SABAH 21-22 JANUARY 2006
WE CAME, WE SAW, WE CONQUERED 4095.2 METER ABOVE SEA LEVEL

How are you, guys? Where you are now?

FOOD CLOCK