Saturday, 6 June 2009

WESTERN CULTURE ON KNOWLEDGE

This morning I read an article from local newspaper (Berita Harian) regarding how western people received and sharing knowledge. I agreed with writer advocacy and provocacy how we accept knowledge when we attended a international or local conference. Last 2 days I attended international conference - Policy Challenges on Sustainable Urban Region organised by our established local university. A few government officers and lecturers are invited to attend the free of charge conference. 3 papers presented by Professors from UK, Canada and Geneva Universities and the rest of papers presented by established Professors from our local universities. The content of papers are interesting and the new knowldege of urban planning is related to global issues and how urban planners from government and private sectors facing this situation. Unfortunely after lunch 3/4 of the room is empty. I don't know are they attended to fulfill a quota of their department policy or are they force to come? After read this article I understood what she meant by WESTERN PEOPLE CHASING FOR KNOWLEDGE, WE ARE CHASING OFF KNOWLEDGE...you can read the whole article attached...

BUDAYA ILMIAH ORANG BARAT WAJAR DICONTOHI


MENARIK sungguh apabila berpeluang berkenalan dan berkesempatan bertukar-tukar idea pada persidangan ilmiah. Sebelum ini, peluang untuk menghadiri sidang seperti itu di luar negara agak terhad. Ketika di luar negara, nampaknya inilah masa sesuai untuk bersama sarjana antarabangsa dan nama besar dalam bidang kewartawanan berbincang aspek kritikal dalam bidang ini. Minggu lalu saya ke Westminster di London untuk menyertai satu persidangan bertajuk 'Kewartawanan dalam Krisis' yang dianjurkan oleh Jabatan Kewartawanan dan Komunikasi Massa, Universiti Westminster. Nama besar dalam kewartawanan dunia seperti Profesor James Curran dan Profesor Todd Gitlin serta ramai lagi pengamal media adalah antara mereka yang dijemput khas memberi ucaptama, untuk berkongsi idea. Curran, warga Amerika Syarikat kini berkhidmat di Kolej Goldsmith, Universiti London. Kolej Goldsmith adalah pusat pengajian tinggi terbaik dalam pengajian media di UK. Persidangan selama dua hari itu dihadiri kira-kira 100 pembentang kertas kerja dan peserta. Apa yang menariknya, apabila tiba masa sidang selari, semua peserta dan pembentang kertas kerja yang tidak bersesi akan menyertai sidang yang diminati. Mereka mengambil peluang ini untuk belajar daripada pembentangan orang lain, dan turut memberi idea bernas selepas pembentangan dibuat. Hal yang sama saya lihat dalam satu persidangan lain yang pernah dihadiri di Bedford, UK tahun lalu. Pembentang kertas kerja dan peserta berebut-rebut memilih sidang yang ingin dihadiri, bukan sebaliknya yang sering berlaku di tempat kita. Kadangkala, ada segelintir daripada kita yang kurang menghargai ilmu di depan mata. Ada yang menghadiri persidangan tetapi tidak dengan sepenuh hati.

Ada juga yang pergi semata-mata untuk membentang kertas kerja tetapi tidak bersedia menghadiri sidang lain yang pastinya menghimpun maklumat baru. Di Barat, mereka mengejar ilmu. Kita pula, kadangkala dikejar ilmu tetapi melarikan diri pula. Saya sendiri tidak boleh lupa dengan pengalaman apabila mula menjadi tenaga pengajar suatu waktu dulu. Kebetulan persidangan pertama yang dihadiri dan turut membentang kertas kerja adalah persidangan antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Ketika itu, banyak sekali tajuk pembentangan selari yang menarik sehinggakan sukar rasanya untuk memilih sidang mana yang ingin diikuti.

Namun, seseorang pendidik dengan nada agak sinis menyatakan, 'masa awal-awal ikut persidangan memang nak dengar semua, nanti bila dah lama dah tak nak dengar lagi'. Saya awalnya tidak percaya, namun akhirnya terjadi juga perangai buruk itu pada diri sendiri. Sehinggalah pengalaman di UK, keadaan itu banyak mengajar kita bermuhasabah diri. Sikap orang Barat yang begitu menghargai ilmu menjadikan kita malu untuk tidak sama-sama seperti mereka. Di Malaysia, untuk sesi terakhir atau sesi petang persidangan, kadangkala jumlah pembentang lebih ramai daripada yang mendengar. Selalu didengar pihak penganjur gusar kerana majlis penutup persidangan bakal dihadiri hanya beberapa peserta. Lain ceritanya di UK, sehingga sesi terakhir, semua peserta menunggu untuk maklumat yang dijanjikan. Pemerhatian saya menunjukkan, sesi terakhir persidangan ini hanya berkurangan sedikit daripada jumlah sesi terawal. Malah, pihak penganjur juga tidak mengambil mudah semua perkara berkaitan pembentangan yang dijanjikan. Misalnya, Profesor Gitlin dari Sekolah Kewartawanan Universiti Columbia Amerika Syarikat tidak dapat menghadiri persidangan ini pada saat akhir.

Namun, memandangkan beliau adalah nama besar yang berupaya mengupas tema persidangan dengan mendalam selain daya penarik persidangan, maka pihak penganjur mengadakan sidang video secara langsung antara Gitlin dengan peserta pada tarikh dan waktu yang dijanjikan. Dengan kualiti audio dan visual yang baik, mesej Gitlin dapat difahami peserta dengan baik. Sesi soal jawab selepas itu juga dapat dijalankan tanpa banyak gangguan kecuali kadangkala Gitlin tidak dapat mendengar soalan yang dikemukakan daripada mikrofon tanpa wayar yang disediakan. Namun, peranan pengerusi sidang berupaya menyelesaikan masalah ini. Saya turut menyatakan kepada pihak penganjur ketika sesi rehat bahawa inilah kali pertama persidangan yang dihadiri menampilkan sarjana dalam bentuk maya dan berita baiknya, apa yang mereka laksanakan berjalan dengan lancar. Katanya, mereka mempunyai jurutera yang hebat membantu memastikan perjalanan sidang tanpa gangguan teknikal.

Selain itu, amat menarik juga jika diperhatikan cara mereka di Barat yang mengambil masa hanya lebih kurang lima hingga 10 minit untuk mengalukan peserta persidangan. Masa tidak terbuang dengan ucapan pembukaan yang panjang yang hanya bermakna kepada sesetengah orang dan menampakkan status serta perbezaan antara pihak atasan dan sebaliknya. Di sini, peserta persidangan terus dihidangkan dengan ilmu tanpa perlu memikirkan sangat soal siapa orang penting yang hadir. Siapa VIP atau bukan VIP tidak menjadi persoalan, yang penting proses perkongsian ilmu berjalan lancar dan semua orang selesa sepanjang persidangan berlangsung. Justeru, proses menambah ilmu lebih terfokus dan tidak terganggu dengan perkara yang tidak ilmiah, tetapi perlu dilakukan atas nama penghormatan yang jelas kadangkala berlebih-lebihan. Mungkin juga kerana inilah Perdana Menteri Malaysia menyarankan agar majlis di negara kita perlu kurang membazirkan masa dengan salutasi yang panjang kecuali untuk majlis diraja.

Masa yang terbuang kalau ditumpukan kepada sidang lain dalam persidangan pastinya membawa lebih banyak faedah kepada peserta yang hadir dengan memberi lebih ruang kepada sesi perbincangan atau pembentangan. Ini adalah sesuatu yang perlu kita ubah, tidak boleh dibiarkan. Sama ada dari segi pelaksanaan atau sikap peserta persidangan itu sendiri, kita perlu cuba pastikan perlakuan itu adalah untuk ilmu yang selepas ini perlu dipanjangkan kepada anak-anak didik.

2 comments:

siti said...

Thanks for this and the email :)

Unknown said...

Thank you to you too sharing your experiences while staying in UK. I hope you keep writing for exchange knowledge with us.

PEOPLE AROUND ME..FAMILY AND FRIENDS.

PEOPLE AROUND ME..FAMILY AND FRIENDS.
To my Wife, Zulaini, my sons Zulazlan, Zulazman, Zulazmir, Zulazmin dan my daughter, Nuris Zulazlin...I love you all..thank you being with me

CIRCLE OF FRIENDS... KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE

CIRCLE OF FRIENDS... KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE
Thank you guys...for your support and encouragement

2007 / 2008 METHODOLOGY AND QUALITATIVE RESEARCH COURSE FOR PHD CANDIDATES

2007 / 2008 METHODOLOGY AND QUALITATIVE RESEARCH COURSE FOR PHD CANDIDATES
My new friends during my course in INTAN 9 Jan -2 Mac 2007

KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE, JOURNEY TO MOUNT OF KINABALU SABAH 21-22 JANUARY 2006

KUALA LUMPUR PROJECT OFFICE, JOURNEY TO MOUNT OF KINABALU SABAH 21-22 JANUARY 2006
WE CAME, WE SAW, WE CONQUERED 4095.2 METER ABOVE SEA LEVEL

How are you, guys? Where you are now?

FOOD CLOCK